Jumaat, 25 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Dua Damai
Tema/Tajuk : Sukatan Dan Geometri / Masa Dan Waktu
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit
Standard Pembelajaran : (iii)menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan
gandaan lima minit.

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
(iii) menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid LINUS (Numerasi)
1. Guru memperlihatkan muka jam yang mennjukkan waktu dalam jam dan
menyatakannya.
2. Ulangi langkah 1 hingga murid boleh mengenal.
3. Guru menyebut masa dalam jam dan murid menunjukkan masa dalam jam tersebut.

Contoh:



















Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :
Nilai : Menghargai masa,

Bahan Bantu Belajar:
Jam

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.


Refleksi:
6 daripada 15 murid linus yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan