Jumaat, 25 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Dua Aman
Tajuk / Tema : Nombor Bulat Hingga 1000
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 1.5 Membundarkan sebarang nombor kepada puluh
dan ratus terdekat.
Standard Pembelajaran : Murid dapat
i) membundarkan sebarang nombor hingga 1000
kepada puluh dan ratus yang terdekat.
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran :

1) Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan murid yang memegang
kad huruf yang berdiri di hadapan kelas.



A B C D E

2) Cikgu meminta murid menjawab soalan secara lisan untuk pemahaman
konsep dekat atau hampir.

3) Cikgu memaparkan satu contoh garis nombor bersama soalan. Guru
menerangkan perkataan ‘hampir’ sama erti dengan ‘bundarkan’.

Contoh 1 :


520 521 522 523 524 525 526 527 528 529 530

4) Guru menunjukan suatu nombor di papan dan meminta murid
membundarkan nombor tersebut kepada puluh yang terdekat.

5) Guru membimbing murid membundarkan nombor tersebut kepada puluh
yang terdekat.

Contoh 2 :


600 610 620 630 640 650 660 670 680 690 700

6) Guru membimbing murid membundarkan nombor tersebut kepada ratus
yang terdekat.

7) Guru menunjukan suatu nombor di papan dan meminta murid
membundarkan nombor tersebut kepada ratus yang terdekat.

8) Murid-murid membincang soalan yang diberikan oleh guru secara
kumpulan dan membentangkan jawapan kumpulan masing-masing.
Guru membetulkan jawapan yang mempunyai kesilapan.

9) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sebagai kerja
rumah.


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Kreativiti, pemerhatian, membanding dan membeza.
• Bekerjasama, berdisiplin


Bahan Bantu Belajar:
a. garis nombor b. kad nombor c. kertas mahjong


Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi:

5 daripada 35 orang murid belum menguasai pembundaran nombor hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

























RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran : Matematik Tahun Dua
Tajuk : Nombor Bulat hingga 1000
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 1.3 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor
Standard Pembelajaran : Murid dapat
Membilang nombor dalam lingkungan 1000 secara:
a) Seratus-seratus,
b) Sepuluh-sepuluh,
c) Satu-satu,
d) Dua-dua,
e) Lima-lima,
Tertib menaik dan menurun.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Murid Perdana
1. Penerangan oleh guru mengenai:
o Bilangan objek dalam lingkungan 1000.
o Kad gambar, garis nombor yang menunjukkan nombor dalam lingkungan 1000.
2. Murid membilang nombor dalam lingkungan 1000 secara seratus-seratus, sepuluh- sepuluh,satu-satu,dua-dua dan lima-lima dengan tertib menaik dan menurun.






**sila rujuk lampiran 1.
3. Guru menunjukkan garis nombor dan meminta murid mengisi tempat kosong.
4. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan, lembaran kerja diedarkan kepada murid.
5. Perbincangan antara murid dibenarkan dan guru membimbing murid yang lemah.
6. Guru membincangkan jawapan dengan murid.

Murid LINUS (Numerasi)
1. Guru menunjukan dua Kad gambar nombor dalam lingkungan 1000 diedarkan kepada murid.(**rujuk lampiran 2)
o Murid membilang objek di kad gambar.
o Soaljawab mengenai kad gambar yang mana satu mempunyai nilai lebih besar.
o Murid menunjukkan kad gambar yang mempunyai nilai lebih besar.
***(aktiviti berterusan untuk nombor yang lain pula untuk nilai yang lebih kecil)
2. Guru Membimbing murid membilang nombor secara seratus-seratus dan sepuluh-sepuluh.
3. Guru menunjukkan nombor dan murid menyebutkan nombor yang seterusnya secara seratus-seratus atau sepuluh-sepuluh.(**rujuk lampiran 3)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Kreativiti (garis nombor) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan

Bahan Bantu Belajar:
kad gambar. Kad garis nombor.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
5 daripada 20 orang murid arus perdana belum menguasai membilang nombor dalam lingkungan 1000 secara : Seratus-seratus, sepuluh-sepuluh, Satu-satu, Dua-dua, Lima-lima dengan tertib menaik dan menurun. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.
3 daripada 15 orang murid linus belum menguasai membilang nombor dalam lingkungan 1000 secara : Seratus-seratus, sepuluh-sepuluh, Satu-satu, Dua-dua, Lima-lima dengan tertib menaik dan menurun. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan