Jumaat, 25 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Dua Roja
Topik : Pecahan
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 6.1 Menamakan pecahan wajar.
Standard Pembelajaran : 6.1 (iii) Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya
hingga 9 dan penyebutnya 10.
iv) Melorek gambarajah mengikut pecahan yang diberi.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-
a. Mengenalpasti pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.
b. Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.
c. Melorek gambarajah mengikut pecahan yang diberi dengan menggunakan teknik lipatan kertas.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:-
• Murid mengenalpasti pecahan wajar.
o Di dalam bilik darjah dengan menggunakan bahan konkrit.- kek
o Contoh :- 1/10 (1 adalah pengangka dan 10 adalah penyebut)
• Murid menamakan pecahan wajar yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan teknik lipatan kertas.
• Murid melorek pecahan wajar yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan teknik lipatan kertas.
• Aktiviti Berpasangan
o Murid A – menyebut pecahan
o Murid B – mengenalpasti dan melorekkan pecahan dengan menggunakan teknik lipatan kertas.
( Setiap pasangan murid bergilir-gilir menjadi murid A dan murid B)
• Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Komunikasi :- pemerhatian, membanding,
• Kerohanian, sikap & Nilai : keadilan

Bahan Bantu Belajar:
Bahan konkrit,, kek , kertas A4, Lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi: 5 daripada 30 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.








RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Dua Roja
Topik : Pecahan
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 6.1 Menamakan pecahan wajar.
Standard Pembelajaran : 6.1 (iii) Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya

hingga 9 dan penyebutnya 10.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
a. Mengenalpasti pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.
b. Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:-
• Mengenalpasti pecahan wajar.
o Di dalam bilik darjah dengan menggunakan bahan konkrit.- bongkah
o Memadankan pecahan dengan gambar yang betul.
• Memadankan gambar dengan pecahan yang betul.


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Komunikasi :- pemerhatian, membanding, memadan.
• Kerohanian, sikap & Nilai : kerjasama

Bahan Bantu Belajar:
Bahan konkrit, bongkah, manila kad, lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi: 4 daripada 7 orang murid linus yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan