Jumaat, 25 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS – NUMERASI)
Matapelajaran & Kelas : Matematik & 2 Mullai
Tema/ tajuk : Perpuluhan
Masa : 60 minit
Standard kandungan : 7.3 Membandingkan nilai perpuluhan
Standard pembelajaran : (i) Membandingkan nilai sifar perpuluhan dan satu
hingga sifar perpuluhan Sembilan, dengan
berpandukan lipatan kertas, garis nombor dan
gambarajah.
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membandingkan nilai perpuluhan dengan menggunakan:
a. Lipatan kertas
b. Garis nombor
c. Gambarajah

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
1) Lipatan kertas
- Guru akan mengedarkan kepingan kertas yang telah dilipat kepada 10 bahagian yang sama.
- Murid akan melorekkan bahagian yang sama nilai dengan nilai perpuluhan yang dinyatakan oleh guru.
- Selepas terdapat 2 nilai perpuluhan, murid akan membanding bezakan kedua-dua nilai tersebut.
- Murid akan cuba dengan berdikari kali ini selepas nilai perpuluhan dinyatakan oleh guru.

2) Garis nombor
- Murid akan membina garis nombor yang mewakili pecahan persepuluh.
- Murid diedarkan dua klip kertas yang berwarna biru dan merah.
- Murid akan mengepilkan klip kertas tersebut pada tempat yang betul selepas disebut oleh guru.
- Murid membezakan kedua-dua nilai perpuluhan.

3) Gambarajah
- Guru akan mengedarkan gambarajah yang sedia lorek kepada murid.
- Murid perlu melabel dan membandingkan nilai perpuluhan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid LINUS
1) Gambarajah
- Guru mengedarkan gambarajah yang telah dilorek.
- Pada bahagian belakang gambarajah terdapat nilai perpuluhan.
- Murid akan membanding berdasarkan luas kawasan berlorek lalu mengenalpasti nilai perpuluhan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
• Kreativiti (membina garis nombor), pemerhatian, membanding, membeza.


Bahan Bantu Belajar:
Kepingan kertas, garis nombor, gambarajah, klip kertas, pensel warna, dan kertas Lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi:
_ daripada _ murid telah mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

Aktiviti pengayaan:

1) Murid membina keretapi perpuluhan sesama rakan mereka dan membanding.
2) Murid mengisi bola ke dalam bakul dan membanding.

Aktiviti Pemulihan:
1) Memadan nilai perpuluhan dengan gambarajah.
2) Melorek gambarajah mengikut perpuluhan yang diberi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan